NASIONALISME
SEJARAH NASIONALISME
DISEDIAKAN OLEH: WAN NUR ZULAIKHA BINTI WAN ZAHIDDIN
SEJARAH TERCETUSNYA SEMANGAT MENENTANG PENJAJAH
a. Maksud Nasionalisme
Sumber: Thiba Teacher.
(2020, July 11). BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME (Sejarah Tingkatan 4).
YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=9Fc7BqurOYs
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta pada bangsa dan negara yang
membawa kepada Gerakan membebaskan tanah air dalam aspek politik. Dewasa ini
ramai generasi muda yang telah hilang semangat nasionalisme dan perasaan
cintakan negara. Betapa untungnya kita menjadi rakyat Malaysia kerana negara
kita tidak dijajah. segala jasa yang telah dicurahkan oleh pejuang negara kita
perlulah kita ingati. Tanpa mereka, kita tidak akan dapat hidup tanpa
kemerdekaan. Oleh kerana semangat nasionalisme yang dipupuk oleh rakyat Tanah
Melayu pada suatu Ketika dahulu, negara kita dapat mencapai kemakmuran dan kemerdekaan.
Namun, seperti yang kita lihat pada hari ini, semakin lama,semakin nasionalisme
di dalam diri menghilang terutamanya kepada generasi muda yang menjadi harapan
kemajuan negara pada masa akan datang. Inilah salah satu asbab topik ini amat
berkait rapat dengan Key Concept ‘Change’.
b.
Perkembangan nasionalisme di barat
Sumber: Razak, C. (2021). NOTA SEJARAH
TING 4. http://cikgurazak.blogspot.com/2020/04/nota-sejarah-ting-4.html. http://cikgurazak.blogspot.com/2020/04/nota-sejarah-ting-4.html
Pertengahan Abad ke-16, Tercetu
Revolusi Keagungan,Revolusi Amerika, dan Revolusi Perancis di Eropah.Mereka memperjuangkan
idea-idea demokrasi,kemerdekaan, hak asasi manusia, persamaan dan kebebasan.
Idea Nasionalisme di Barat mencetuskan kesedaran dan kebangkitan memperjuangkan
kedaulatan negara yang menekankan hak dan prisip kedaulatan rakyat.
1. Revolusi Keagungan (Glorious Revolution)
1688 di England:
Tercetus akibat keinginan menegakkan kedaulatan
parlimen dan hak asasi rakyat.Pemerintahan Raja James II membelakangkan
parlimen semasa menggubal undang – undang. Ahli parlimen menentang raja
berkuasa mutlak dan disokong Mary II dan suami Raja William of Orange dari
Belanda. Apabilaenyedari sokongan semakin kurang Raja James II lari ke
Perancis.Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan
kuasa secara aman tanpa pertumpahan darah.Bill of Rights digubal untuk
memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip
cukai.
2. Revolusi Amerika (1776)
Reaksi orang Amerika menentang British kerana
tidak melindungi hak penduduk Amerika. Menentang akta memungut cukai di jajahan
- Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh. Revolusi ini menggunakan slogan
“tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen
British.George Washington mengetuai kongres dan isytihar perang terhadap
British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Kongres meluluskan
Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang menegaskan. Revolusi berakhir 1783 apabila
British mengakui kemerdekaan Amerika. 113 buah bekas tanah jajahan digabung dan
diberi nama baru sebagai Amerika Syarikat yang perkenalkan demokrasi.
3. Revolusi Perancis 1789
Idea nasionalisme yang perjuangkan kebebasan,
persamaan dan persaudaraa oleh pemikir Perancis - Jean Jacques Rousseau dan
Voltaire. Peranan Rousseau telah menulis The Social Contract. Keunggulan suara
rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
Kesimpulan
Suara rakyat adalah merupakan kata sepakat
golongan yang mempunyai kesedaran. Kedaulatan suara rakyat lebih penting
daripada institusi raja dan birokrasi. Sasaran golongan revolusi adalah terhadap
pemerintah autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan. Golongan ini
memonopoli pelbagai keistimewaan sebaliknya rakyat terbeban dengan cukai.
Akhirnya rakyat mendapat kesejahteraan dan hak asasi sebagai rakyat.
c.
Perkembangan Nasionalisme di Asia
Sumber: Razak, C. (2021). NOTA SEJARAH
TING 4. http://cikgurazak.blogspot.com/2020/04/nota-sejarah-ting-4.html.
http://cikgurazak.blogspot.com/2020/04/nota-sejarah-ting-4.html
1. Nasionalisme di India.
Reaksi penduduk tempatan terhadap dasar
imperialisme British (Kebangkitan rakyat dalam Dahagi India 1857). Gerakan ini
dilancarkan oleh sepoi / askar upahan British berbangsa India dan merupakan
reaksi kepada ancaman pengaruh British terhadap adat, budaya dan agama
masyarakat setempat. Awalnya, memberikan perhatian kepada isu sosioagama.
Brahmo Samaj dan Arya Samaj (pertubuhan penting) yang menggiatkan rasa
kecintaan kepada budaya tempatan kesan dari pengaruh budaya Barat. Perkembangan
pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelek yang memulakan gerakan
lebih tersusun dengan menubuhkan Kongres Kebangsaan India (INC) pada 1885 dan
Liga Muslim pada 1906. Gerakan bersifat radikal oleh Bal Gangadhar Tilak dan
Bipin Chandra Pal secara militan terhadap British. INC dan Liga Muslim bentuk
jawatakuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India iaitu India dan
Pakistan.14 Ogos 1947 Pakistan diumum merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sbg
Gabenor Jeneral Pakistan.15 Ogos 1947 India umum merdeka dengan Jawaharlal
Nehru sebagai Perdana Menteri Pertama India.
2. Nasionalisme China
Gerakan bertujuan mengukuhkan peradaban China
dalam kalangan org Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh
kuasa asing. Perkembangan bermula dengan penentangan terhadap kelemahan dinasti
Manchu yang dianggap orang luar dan kehilangan mandate. Rakyat hilang
kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh
Barat. Gerakan seterusnya bercorak anti - Barat kerana menentang campurtangan
kuasa Barat di China (Peranan Sun Yat Sen). Mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat
(San Min Chu-i) sebagai ideologi (nasionalisme, demokrasi dan kebajikan
social). Gerakan menjadi asas kepada Revolusi China 1911 yang berjaya
menumbangkan Dinasti Manchu dan muncul pemerintahan republik di China.
3. Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
Kesedaran mempertahankan sistem pemerintahan
Islam dan agama Islam. Mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah:
·
Gerakan Islah
Gerakan pemulihan Islam. Dipelopori Sayyid
Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.Pertembungan budaya Eropah -
Amerika dengan budaya tempatan. Menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam
sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis.
· Gerakan Pan
Islamisme. Peranan Sayyid Jamal al-Din
al-Afghani menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat). Gerakan
bertujuan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan umat yang maju,menerbitkan
akhar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea penyatuan persaudaraan umat dan
bangkit menentang perluasan kuasa Barat. Empayar Uthmaniyah keluarkan fatwa
menyeru umat Islam yang tindas Barat bangkit berjuang bersama empayar
Uthmaniyah. Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea dan mendapat sokongan
termasuklah Tanah Melayu seperti Kebangkitan Tok Janggut 1915.
Nasionalisme di Jepun
Kesedaran untuk mencapai kemajuan dan mengelakkan
ancaman imperialisme Barat. Pemulihan Meiji dilancarkan oleh Maharaja Mikado
Meiji (1868). Menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati
kuasa Barat. Memupuk prinsip dan semangat bushido sebagai asas membina
nasionalisme rakyat dan semasa era Pemulihan Meiji. Pemulihan meliputi
pembaharuan dalam aspek kehidupan yang menjadikan Jepun sebagai negara industri
dan kuasa tentera. Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh tentera
menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialis di Asia
Semangat Bushido - Sikap sanggup menanggung
risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita (Sedia berkorban demi
melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara)
d.
Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
Sumber: Razak,
C. (2021). NOTA SEJARAH TING 4.
http://cikgurazak.blogspot.com/2020/04/nota-sejarah-ting-4.html. http://cikgurazak.blogspot.com/2020/04/nota-sejarah-ting-4.html
1. Nasionalisme di Filipina
Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan
penjajahan asing. Antara tokoh-tokoh Gerakan in ialah Jose Rizal, Andres
Bonifacio, Emilio Aguinaldo Peranan Jose Rizal. Awal berbentuk Gerakan
Propaganda (Jose Rizal). Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol dan hak
yang sama seperti bangsa Sepanyol serta menubuhkan Liga Filipina 1892. Mendesak
Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan social. Kegagalan Propaganda
mencetuskan idea lebih radikal. Menubuhkan Katipunan untuk memperoleh merdeka
melalui revolusi. Gerakan ini menggunakan akhbar Kalayan untuk sebar idea
revolusi.Bonifacio bersama Aguinaldo memimpin Katipunan melancarkan Revolusi
Filipina 1896. Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya usir
Sepanyol. Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo 1899 tidak
diiktiraf Amerika Syarikat sebaliknya di bawah Amerika Syarikat. Nasionalis
ubah strategi dengan mengguna saluran diplomasi melalui parti politik
sederhana. Ini membolehkan Sergio Osmena (Parti Nasionalis) dilantik anggotai
Dewan Perhimpunan Filipina 1907.Gerakan kemerdekaan diteruskan nasionalis
sehingga Perang Dunia ke-2
2. Nasionalisme Burma (Myanmar )
Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha
(pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani. Nasionalisme golongan kelas
pertengahan berpendidikan Barat disebabkan pengaruh British mengancam kedudukan
agama Buddha. Menggunakan isu kasut dan dianggap mencemari kesucian agama
Buddha. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memisahkan Burma dan India serta
merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri. Menubuhkan Parti Do Bama
Asiayone bagi memperjuang kemerdekaan Burma. Pemimpin parti spt Aung San, Kyaw
Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” (Tuan). Menegaskan org Burma
mesti bertuankan orang Burma. Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937 dilantik
sebagai Perdana Menteri pertama.
3. Nasionalisme di Vietnam
Akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi
selepas kedatangan Perancis -1918. Dipelopori golongan bangsawan dan pegawai
dari golongan mandarin. Pembesar yang menerima pendidikan Confucius. Mereka
memperjuangkan pemulihan sistem beraja. Golongan intelektual meningkatkan
kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis. Idea disalurkan melalui akhbar
Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis. Menuntut
hak rakyat Aliran ideologi. Parti utama ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
atau Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc. (Komunisme) - Diterajui
Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Min. Berteraskan demokrasi,
nasionalisme dan sosialisme. Melancarkan pemberontakan 1930 untuk mengusir
Perancis. Dan menubuhkan republik Vietnam. Perancis melumpuhkan gerakan -
menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum Nguyen Thai Hoc Perjuangan Parti Komunis
Vietnam, Ho Chi Minh berjaya isytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik
Vietnam. Beliau dilantik sebagai presiden pertama. Vietnam Selatan berpusat di
Saigon berada di bawah Perancis dan Amerika Syarikat. Gerakan menentang Barat
diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk 1976.
4. Nasionalisme Di Indonesia
Berkisarkan Isu pendidikan untuk mengubah nasib
rakyat akibat dasar Belanda. Peranan Adjeng Kartini sebagai pelopor perjuangan
untuk memajukan pendidikan wanita. Karya (surat) diutuskan kepada rakan di
Eropah dibukukan dan diterbitkan berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang. Karya
diterjemah ke bahasa Inggeris dengan judul Letters of Javanese Princess. Karya
mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran. Peranan
Pertubuhan Muhammadiyah - Lebih tersusun untuk mempertahankan agama Islam dari
ancaman sekularisme Barat. Sarekat Islam lebih radikal demi memperjuang
kemerdekaan. Partai Nasionalis Indonesia ( PNI ) – Sebuah parti yang berpengaruh
di bawah pimpinan Soekarno. Kongres pemuda Indonesia melajirkan ikrar “ sumpah
pemuda “ yang menjadi tonggak nasionalisme. Tiga asas sumpah tersebut – satu
tanah air, satu bangsa dan satu Bahasa. Partai Nasional Indonesia. ( PNI )- pelajar
Indonesia di Belanda menubuhkan Perhimpunan Indonesia berjuang ke arah merdeka.
Soekarno menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pd 4 Jun 1927. Mereka menukar
nama kepada Partai Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Soekarno dan dibantu Ir.
Anwari, Iskaq Tjokrohhadisoerjo, Sunarjo, Dr. Tjipto Mangunkusumo dan Ali
Sastroamidjojo. Matlamat mereka adalah untuk menuntut kemerdekaan mutlak, menyatukan
rakyat melalui gabungan parti politik membentuk kerajaan demokrasi berparlimen
yang bertanggungjawab kepada rakyat, memartabatkan bahasa Indonesia sebagai
bahasa rasmi Perjuangan PNI dan secara radikal untuk capai matlamat bebaskan
Indonesia dari Belanda. PNI gabungkan parti sedia ada seperti Kelab Pelajar
Surabaya, Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Sarekat Islam dan Kaum Betawi.
5. Nasionalisme Thailand
Berbeza dengan negara lain yang bersifat
antipenjajah dan kemerdekaan dan bertujuan mempertahankan kedaulatan negara
serta tuntut penglibatan rakyat dlm pemerintahan. Dipelopori Raja Thailand
melalui diplomasi dan pemodenan.
e.
Perang dunia pertama dan kedua
Sumber: A.
(2021). Perang dunia i vs perang dunia ii - perbezaan dan perbandingan -
2021 - Blog. Web logo graphic.
https://ms.weblogographic.com/world-war-i-vs-world-war-ii
Perang Dunia Pertama
Perang Dunia Pertama (Perang Dunia Pertama) bertempur
dari 1914 hingga 1918 dan Perang Dunia Kedua (atau WWII) telah
bertarung dari 1939 hingga 1945. Mereka adalah konflik tentera terbesar dalam
sejarah manusia. Kedua-dua peperangan ini melibatkan pakatan ketenteraan di
antara pelbagai negara. Perang Dunia I (aka Perang Dunia Pertama, Perang Besar,
Perang Untuk Menamatkan Semua Wars) berpusat di Eropah. Negara-negara berperang
dunia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 'The Central Powers' dan 'The
Allied Powers'. Kumpulan kuasa pusat terdiri dari Jerman, Austria-Hungary,
Turki dan Bulgaria. Kumpulan kuasa Bersekutu terdiri dari Perancis, Britain,
Rusia, Itali, Jepun, dan (dari tahun 1917). Puncanya adalah apabila Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari
Austria pada 28 Jun 1914, pewaris takhta Austria-Hungary adalah pencetus
perang. Dia dibunuh oleh nasionalis Serbia.Austria-Hungary menyerang Serbia. Pada
masa yang sama Jerman menyerang Belgium, Luxembourg dan Perancis dan Rusia
menyerang Jerman. Beberapa pakatan yang dibentuk sejak beberapa dekad yang lalu
telah digunakan, oleh itu dalam masa beberapa minggu kuasa utama berada dalam
peperangan; kerana semua mempunyai koloni, konflik tidak lama lagi tersebar di
seluruh dunia.Hasil
daripada peperangan itu, selepas perang,
Persidangan Keamanan Paris mengenakan satu siri perjanjian damai ke atas kuasa-kuasa
pusat. Perjanjian 1919 Versailles secara rasmi mengakhiri perang. Dibina pada
titik ke-14 Wilson, Perjanjian Versailles juga menjadi Liga Bangsa pada 28 Jun
1919. Ketika menandatangani perjanjian itu, Jerman mengakui tanggung jawab
perang, setuju untuk membayar ganti rugi perang besar dan wilayah penghargaan
kepada para pemenang. Ia menyebabkan banyak kepahitan. Austria-Hungary telah
dibahagikan kepada beberapa negara pengganti. Empayar Rusia kehilangan banyak
sempadan baratnya sebagai negara-negara baru yang merdeka dari Estonia,
Finlandia, Latvia, Lithuania, dan Polandia diukir dari situ.
Perang Dunia Kedua
Perang Dunia II (aka Perang Dunia Kedua), pakatan pembangkang kini dirujuk sebagai 'The Axis' dan 'The Allies'. Kumpulan Axis terdiri daripada Jerman, Itali, dan Jepun. Kumpulan Sekutu terdiri dari Perancis, Britain, AS, Kesatuan Soviet, dan China. Perang Dunia II adalah sangat kejam kerana genosida orang Yahudi yang dilakukan oleh Nazi. Punca peperangan ini ialah Selepas perang, Persidangan Keamanan Paris mengenakan satu siri perjanjian damai ke atas kuasa-kuasa pusat. Perjanjian 1919 Versailles secara rasmi mengakhiri perang. Dibina pada titik ke-14 Wilson, Perjanjian Versailles juga menjadi Liga Bangsa pada 28 Jun 1919. Ketika menandatangani perjanjian itu, Jerman mengakui tanggung jawab perang, setuju untuk membayar ganti rugi perang besar dan wilayah penghargaan kepada para pemenang. Ia menyebabkan banyak kepahitan. Austria-Hungary telah dibahagikan kepada beberapa negara pengganti. Empayar Rusia kehilangan banyak sempadan baratnya sebagai negara-negara baru yang merdeka dari Estonia, Finlandia, Latvia, Lithuania, dan Polandia diukir dari situ. Hasilnya, Perang berakhir dengan kemenangan Allied di Jerman dan Jepun pada tahun 1945. Bangsa-Bangsa Bersatu telah ditubuhkan untuk memupuk kerjasama antarabangsa dan mencegah konflik di masa depan. Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa besar pesaing. Walaupun rejim totalitarian di Jerman, Itali, dan Jepun dikalahkan, perang meninggalkan banyak masalah politik, sosial, dan ekonomi yang tidak dapat dipulihkan setelah itu dan membawa demokrasi Barat ke dalam konfrontasi langsung dengan sekutu mereka yang lalu, Kesatuan Soviet di bawah Josef Stalin, dengan itu memulakan tempoh hampir separuh abad pemantauan dan kebimbangan saraf sebagai dua blok, masing-masing bersenjata dengan senjata nuklear, berhadapan dengan satu sama lain untuk mencari sebarang tanda kelemahan. Ekonomi Eropah telah runtuh dengan 70% daripada infrastruktur perindustrian yang musnah.Tempoh pesat dekolonisasi juga berlaku dalam kepelbagaian kuasa kolonial Eropah. Ini berlaku terutamanya disebabkan perubahan dalam ideologi, keletihan ekonomi dari perang dan peningkatan permintaan oleh orang asli untuk penentuan nasib sendiri.
1. Sejauh manakah perubahan politik dunia telah merubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka.
Pada pandangan saya,perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka dengan menjadikan pemikiran mereka lebih ke hadapan kerana sistem undang-undang yang digunakan lebih sistematik. Sebelum kedatangan penjajah, Tanah Melayu sudah melaksanakan undang-undang Islam dalam urusan kehidupan seharian. Umat Islam diadili di hadapan Sultan, Raja, pemerintah kawasan dan sebagainya berdasarkan undang-undang Islam dalam semua urusan termasuk hal-ehwal kekeluargaan, muamalat dan jenayah.
Selain itu, Undang-undang awal di Tanah Melayu menitik beratkan undang-undang Islam. Ini dapat dilihat di dalam Undang-Undang 99 Perak dan Kanun Melaka kebanyakan undang-undangnya adalah berteraskan Islam.Contohnya dalam satu kes iaitu Rahmah lawan Laton yang berlaku pada 1927, mahkamah memutuskan undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia adalah undang-undang asal yang diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.
Hal ini demikian boleh dikaitkan dengan Key Concept 'Change' iaitu Selepas Inggeris menduduki Tanah Melayu, pihak Inggeris dan Raja-Raja Melayu memeterai beberapa perjanjian. Dalam perjanjian itu, diletakkan syarat Residen Inggeris dibenarkan memberi bantuan kepakaran dalam mentadbir urusan negara kepada pihak Sultan. Namun begitu, residen tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran agama serta pelaksanaan undang-undang Islam di Tanah Melayu.
2. Perjuangan nasionalisme di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme orang Melayu sebelum merdeka. Jelaskan.
Saya berpendapat bahawa perjuangan nasionalisme di seluruh dunia telah memberi kesan kepada orang Melayu sebelum merdeka kerana orang Melayu berada dalam jajahan kuasa luar. Mereka berasa bahawa untuk memerdekakan negara bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, setelah mendengar bahawa nasionalisme antara rakyat dapat menjadikan negara bebas dari kuasa luar, orang Melayu percaya bahawa dengan semangat yang bersatu, kita dapat menjadikan negara suatu tempat yang aman damai tanpa penjajahan.
Secara teknikalnya, nasionalisme di negara lain telah memberi inspirasi kepasa orang Melayu untuk bangkit dari jajahan. Orang Melayu percaya bahawa kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mustahil dan tidak akan dapat dicapai. Lihatlah negara kita pada hari ini. Kerana semangat nasionalisme yang membara, negara kita bebas daripada jajahan. Tidak hairanlah bahawa nasionalisme bermaksud perasaan cinta pada bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air dalam aspek politik. Betapa untungnya kita menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita tidak dijajah. segala jasa yang telah dicurahkan oleh pejuang negara kita perlulah kita ingati. Tanpa mereka, kita tidak akan dapat hidup tanpa kemerdekaan.
Hal ini demikian berhubung kait dengan Key Concept 'Change' yang mana orang Melayu mula percaya bahawa nasionalisme merupakan asas dalam membantu negara agar bebas daripada penjajah.
3. Bagaimana nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia.
Berdasarkan apa yang telah saya pelajari dalam Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 ,terdapat lima buah negara yang memulakan nasionalisme di Asia Tenggara iaitu Filipina, Myanmar, Vietnam, Indonesia dan Thailand. Nasionalisme di negara-negara tersebut bermula daripada membebaskan diri daripada penjajah. Berbeza dengan yang lain,Thailand memulakan gerakan nasionalisme bersifat menuntut pembaharan dan pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman penjajah atau lebih dikenali sebagai imperialisme.
Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia dengan pertahanan daripada ancaman negara luar. Ini kerana mereka tidak mahu perkara yang telah berlaku terjadi sekali lagi dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Setelah mengambil iktibar daripada sejarah yang lalu, Nasionalisme di Asia Tenggara menjadi contoh kepada negara lain untuk terus memupuk nilai cinta akan bangsa dan negara demi membebaskan negara daripada ancaman kausa asing.
Akhir sekali, mereka memppunyai cara masing-masing daam menjaga hak negara. Nasioalisme yang mereka terapkan bukanlah hanya terletak kepada cara pemerintahan, namun juga pada hak asasi rakyat. Mereka tidak mengetepikan rakyat dalam hal pemerintahan negara yang menjadi punca negara mereka membentuk negara yang penuh dengan nasionalisme.
Jelaslah disini bahawa, negara-negara tersebut mengaplikasikan key concept "change" untuk membuat perubahan pada negara mereka supaya tidak lagi dijajah dan mempertahankan kedaulatan negara.Related conceptnya pula,mereka mengaplikasikan power kerana kuasa mereka untuk melawan tenaga imperialisme manakala Thailand pula mengaplikasikan konsep proseses kerana proses mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka.
Hal ini dapat membuktikan bahawa Asia Tenggara menggunakan Key Concept 'Change' iaitu berubah untuk memupuk nasionalisme bukan hanya kepada kerajaan tetapi juga termasuklah rakyat mereka demi melahirkan negara yang bebas tanpa jajahan.
4. Debatable- Generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati diri. Hujahkan.
Saya berpendapat bahawa pernyataan 'Generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati diri'. Hal ini demikian kerana kita boleh lihat ketika golongan generasi muda tidak bersemangat dalam menyambut sambutan-sambutan khas seperti Sambutan Hari Kemerdekaan dan lain-lain . Hal ini sedikit sebanyak memberitahu bahawa golongan yang menyertainya mempunyai sikap ambil berat dan bersemangat kewarganegaraan. Segelintir generasi muda tidak menghargai kemerdekaan khususnya keamanan yang kita telah kecapi selama ini. Generasi muda lupa dengan pengorbanan orang terdahulu mencari erti kemerdekaan dan tidak tahu bersyukur.
Selain itu, walaupun Malaysia sudah bebas merdeka selama 60 tahun dan ke atas, tidak lagi dijajah oleh kuasa barat, dalam tidak sedar mereka sebenarnya sudah mula menguasai kita. Mereka tidak lagi menjajah dengan kuasa mahupun peperangan yang melibatkan pertumpahan darah, sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita. Budaya barat banyak mempengaruhi golongan remaja dan pemikiran mereka. Mereka mengikut gaya berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti daripada barat yang mendorong kepada gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat patriotisme terhadap negara tidak lagi diberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya danpengaruh daripada barat. Isu ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat patriotisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara sendiri.
Jika dilihat golongan belia pada zaman ini masih lagi tidak memahami apa itu semangat patriotisme dan cintakan keamanan serta hidup berkasih sayang sesama insan. Mereka hanyut dengan dunia teknologi tanpa sempadan sehingga ada yang sudah hilang norma-norma akhlak seorang manusia dek kerana pengaruh media sosial yang bersifat ‘bebas bersuara’. Maka, di sinilah perlunya peranan ibu bapa dan masyarakat sekeliling dalam membentuk jati diri golongan belia sedari awal usia kanak-kanak agar mereka faham akan maksud sebenar nilai sifat-sifat tersebut.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bertanggungjawab dalam memastikan rakyat Malaysia berubah untuk memupuk nilai patriotik dalam diri. Inilah yang berkait dengan key concept "change", berubah demi kemajuan negara akan datang.
Comments
Post a Comment